Kehidupan awal Siti_Hasmah_Mohamad_Ali

Dilahirkan di Klang, Selangor pada 12 Julai 1926, Siti Hasmah adalah seorang doktor wanita berbangsa Melayu berketurunan Minangkabau dari Rao (Rawa), Sumatera Barat, Indonesia. Beliau memperoleh MBBS dari Universiti Malaya di Singapura. [1] Tun Dr. Siti Hasmah merupakan salah seorang wanita Melayu pertama untuk memperoleh kursus perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura (kini Sekolah Perubatan Yong Loo) selepas Perang Dunia II.

Pada 1955, beliau berjaya menamatkan pelajaran sebagai doktor perubatan dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, yang ketika itu terletak di Singapura. Beliau kemudiannya menyertai perkhidmatan kesihatan kerajaan. Beliau merupakan salah seorang doktor wanita pertama di Malaya ketika itu. Beliau berkahwin dengan Mahathir Mohamad pada tahun berikutnya dalam bulan Ogos. [2] Anak sulung mereka, Marina, dilahirkan pada 1957.

Pada tahun 1960an, beliau menghadiri program pensijilan kesihatan awam di University of Michigan.

Sepuluh tahun kemudian, beliau menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak, dan pada tahun 1974, beliau adalah wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Kanak-kanak dan Ibu Negeri.

Siti Hasmah adalah pengarang beberapa artikel mengenai perubatan keluarga dan faktor-faktor sosio-ekonomi yang berkaitan dengan kehamilan dan melahirkan anak di Malaysia.

Dr Siti Hasmah belajar di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya di Singapura bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara adik-beradik Dr Siti Hasmah ialah:

Beliau kini merupakan Canselor Universiti Multimedia (MMU).

Rujukan

WikiPedia: Siti_Hasmah_Mohamad_Ali http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-siti-... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://books.google.com.my/books?id=m8jnFk_zhOwC&l... http://www.nst.com.my/nation/general/siti-hasmah-g... http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/sem... http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=page&page=1940 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/08/22... https://id.loc.gov/authorities/names/n88118148 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08... https://www.google.com.my/maps/place/Bangunan+Bakt...